Ada sebab mengapa perlu cari mereka yang sama taraf untuk berkahwin agar penceraian disebabkan hal remeh tidak terjadi.
Jarak usia 25 tahun antara wanita dan suaminya yang masih remaja pernah menjadi perhatian ramai terutamanya di Indonesia.
Apatah lagi wanita tersebut sudah menjangkau usia 40an semasa mengahwini remaja lelaki yang baru belasan tahun.
Namun perkahwinan itu dikatakan tidak bertahan lama apabila pasangan tersebut berada dalam proses bercerai selepas tak sampai setahun berkahwin.
Menurut Tribun Trends, Kevin mendirikan rumah tangga dengan Mariana pada tahun lalu di Sambas, wilayah Kalimantan Barat.
Malah remaja berusia 16 tahun itu juga dikatakan memeluk Islam pada Ogos 2023 sebelum menikahi isterinya.
Tampil membuat kenyataan di Facebook, ibu kepada Kevin, Lisa mendakwa anaknya berpisah dengan isteri kerana kerap bergaduh.
Disebabkan perpisahan itu, Lisa turut berkongsi bahawa Mariana meminta kembali telefon bimbit dan cincin perkahwinan yang diberikan kepada Kevin.
Pada masa sama, semua perbelanjaan perkahwinan bersama remaja itu ditanggung oleh Mariana.
Lisa turut mengaku bahawa ketika ini Kevin masih menguruskan perceraiannya dengan Mariana melibatkan agensi berkaitan.
Baca juga: Baru tahu ada cara berkesan elak anak ‘pandai’ mencarut, segera lakukan 6 langkah ini!