Begitu senang berita tersebar terutamanya di media sosial namun perlu dipastikan terlebih dahulu adakah ia benar atau palsu.
Tular enam kisah yang boleh dikatakan popular di Malaysia, tapi tahukah anda ia sebenarnya adalah palsu.
1. Surat persahabatan daripada Lin Dan ke Chong Wei

Pastinya rakyat Malaysia ingat bagaimana Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat perak di Olimpik Rio menewaskan Lin Dan.
Namun yang lebih heboh adalah surat yang kononnya ditulis oleh Lin Dan buat Chong Wei


Namun surat tersebut sebenarnya dibuat oleh peminat mereka dan isi kandungan tersebut ditulis dengan membayangkan dirinya adalah Lin Dan.
2. Biskut Hup Seng yang diperbuat daripada plastik

Pastinya ramai teringat akan kisah biskut kering Hup Seng yang dikatakan dibuat daripada plastik dan cair apabila dibakar.
Namun syarikat Hup Seng mengeluarkan kenyataan bahawa mereka membuat ujian dan tidak menjumpai benda asing dalam produk tersebut.
Apa yang pelik, mengapa tiba-tiba individ yang membuat video itu mempunyai idea untuk membakar biskut.
3. Air zam-zam fake dibuat kat Melaka

Penyebaran gambar ni dalam sosial media telah menyebabkan KPDNKK dengan JAIM kelam-kabut pergi buat siasatan. Tapi lepas siasatan, dorang tak jumpa apa-apa.
Gambar dah ada, tapi macam mana tak boleh jumpa pula? Rupa-rupanya kes air zam zam fake ni berlaku kat Mekah dan bukannya kat Melaka.
Dan kalau nak diikutkan, kat Malaysia ni tak dibenarkan sebarang penjualan air zam zam. Orang pergi Mekah tu pun ada kuota untuk bawa balik ke Malaysia.

4. Najib masuk muka depan Time Magazine
Tular juga sebelum ini mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan menghiasi muka depan majalah Time.

Gambar ni dipercayai direka dan dikongsi oleh seorang ahli PKR. Individe tersebut juga berkongsi artikel senarai lima buah negara yang sedang menghadapi skandal rasuah.
5. Air mineral yang didakwa datang dari kubur cina
Ramai yang buat keputusan boikot dari membeli air keluaran Spritzer kerana dikatakan dikontaminasi dari kubur cina yang berdekatan dengan kilang air mineral tu.
Malah ada beberapa blog yang menasihati untuk tidak membeli jenama tersebut.

Bagi menghalang dakwaan ini daripada tersebar, syarikat air itu menjemput sekumpulan blogger untuk melawat kilang mereka dan sahkan air tersebut boleh diminum.
6. Perkataan Pokemon yang bermaksud ‘Jadilah Yahudi’
Bagi peminat Pokemon pastinya anda tidak lupa akan perkara ini bukan. Karakter itu dikatakan adalah ciptaan Yahudi dan agenda Illuminati.
Malah ia dikatakan akan menyesatkan semua umat islam, malah negara Arab Saudi dan Iran siap mengharamkan Pokemon di negara mereka.

Tapi sebab sebenar ia diharamkan di dua negara tersebut adalah kerana berjudi dan mufti di sana menyatakan ada lambang Zionist pada cerita tersebut.
Ada beberapa blog dari Indonesia telah keluar kenyataan yang Pokemon tu adalah haram dan maksud Pikachu adalah “Jadilah Yahudi” tapi sebenarnya ia tidak benar.
Zaman sekarang nak sebar ni hanya dengan satu klik sahaja, jadi pastikan berita yang anda kongsi adalah benar dan tidak palsu.
Baca juga: Kisah hakim di Malaysia tolong bayarkan denda mahkamah keluarga miskin ini buat ramai tersentuh