Tak sangka ada petua kilatkan lampu kereta, guna 2 bahan ini terus selesai masalah!

Oleh WAN SITI AMINAH

Pemilik kereta tidak boleh mengelak dari masalah lampu hadapan kenderaan yang mula kelihatan kusam dan tidak lagi cerah seiring berjalannya waktu.

Hal ini berlaku kereta selalu terdedah kepada cuaca tidak menentu seperti hujan dan panas lalu terjadinya proses pengoksidaan yang meninggalkan kesan kekuningan pada lampu tersebut.

Lapisan pelindung yang terdapat pada permukaan lampu turut terhakis dan situasi ini bukan sahaja menyebabkan kenderaan tempak tidak menarik malah membahayakan keselamatan.

Oleh yang demikian seorang lelaki tampil berkongsi satu kaedah mudah untuk mengilatkan semula lampu kereta tanpa perlu kos yang tinggi dengan hanya menggunakan dua bahan.

Menerusi satu hantaran di platform TikTok, lelaki terbabit memuat naik rakaman memaparkan dirinya menyental lampu kereta hadapan miliknya menggunakan buah lemon.

Lemon yang telah dipotong dua itu bagaimanapun dicelup di dalam bekas berisi serbuk soda penaik dan pastikan melekat pada buah terlebih dahulu sebelum proses menyental dimulakan.

@ridzuanzubir75

smlm suara robot, ada plak org komplen xde muzik…. hrni kita masuk muzik daaaa….

♬ The Final Countdown (Originally Performed by Europe) [Instrumental Version] – Hit The Button Karaoke

Berikut langkah-langkah untuk mengilatkan lampu kereta menggunakan lemon dan serbuk soda penaik berdasarkan rakaman berdurasi satu minit empat saat itu;

  1. Potong buah lemon kepada dua bahagian.
  2. Tuangkan serbuk bikarbonat ke dalam bekas besar.
  3. Celup separa lemon yang telah dipotong ke dalam bekas berisi soda bikarbonat.
  4. Perah lemon sehingga keluar jusnya sebelum mula menyental.

Seperti yang dilihat dalam rakaman tersebut, lampu yang sebelum ini tampak kekuningan mula kelihatan berkilat sebaik sahaja proses menyental dilakukan oleh lelaki berkenaan.

Malah selepas dicuci dengan air, lampu tersebut kelihatan seperti baharu semula walaupun proses pembersihannya hanya memakan masa dalam tempoh lima minit sahaja.

Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada orang ramai.

Baca juga: Tanaman dijamin subur kalau guna baja semula jadi jenis ini, bahan utamanya kulit bawang sahaja!