Umum sedia tahu mengenai istiadat Pertabalan Pemerintah United Kindom (UK) Raja Charles III telah diadakan pada 6 Mei lalu.
Upacara tersebut diadakan dengan penuh tradisi di Westminster Abbey, London dan disaksikan oleh Raja-Raja di seluruh dunia serta pemimpin negara.
Malah, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta KDYMM Seri Paduka Banginda Raja Permaisuri Agong juga berangkat ke sana atas persilaan Baginda Raja Charles III sendiri.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Istana Negara, lawatan khas itu amat penting kerana dapat menyatukan hubungan sedia ada antara Malaysia dan UK.
Lawatan khas itu dikira sebagai signifikan dalam konteks menyatukan hubungan sedia ada dan akrab yang dikongsi antara Malaysia dan UK.
Terutamanya di antara Institusi Diraja kedua-dua negara serta ikatan dalam Komanwel.
Dalam hantaran tersebut juga, Baginda berkongsi mengenai persahabatan selama empat dekad bersama Raja Charles III.
Dalam pada itu, hubungan rapat antara dua pemimpin itu bermula sewaktu mereka remaja dan menyertai sukan polo bersama-sama di London.
Agong dan Raja Charles III juga selalu menyertai pelbagai peringkat kejohanan antarabangsa untuk acara sukan berkuda.
Tambahan, kali terakhir Baginda berada di Istana Buckingham adalah pada 12 Oktober 2022 lalu bersempena kunjungan hormat ke atas Raja Charles III.