Berkat usaha keras selama 10 tahun dalam industri seni, nama Azira Shafinaz mula bersinar selepas dinobat sebagai Pelakon Wanita Komedi Terbaik, Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA 2023) pada malam kemuncak yang berlangsung di Singapura, baru-baru ini.
Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, 32, berjaya menewaskan calon daripada negara lain seperti Hong Kong, India dan Filipina.
Azira ketika berkongsi khabar gembira itu berkata, dia berpuas hati dengan kejayaan yang diraih dan menyifatkan usaha kerasnya selama ini berbaloi.
“Benarlah kata orang, dedikasi dan kerja keras akhirnya berbaloi.
“Selepas 10 tahun dalam industri hiburan, saya menerima anugerah pertama sebagai Pelakon Wanita Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards untuk drama Ijab Kabut,” tulisnya.
Dalam pada itu, ahli kumpulan De Fam itu turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaan terhadapnya untuk melakonkan watak itu dalam drama bersiri tersebut.
“Tiada kata dapat menggambarkan betapa bersyukur dan berbesar hati atas pengiktirafan yang saya terima ini.
“Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk berlakon dalam Ijab Kabut. Ini adalah kejayaan untuk Malaysia,” ujarnya.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio