Masalah bau badan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja kerana ia berlaku apabila peluh yang keluar bertindak balas dengan bakteria di permukaan kulit manusia.
Walau bagaimanapun, masalah bau badan yang teruk juga dipengaruhi oleh tabiat pemakanan seseorang seperti bawang putih dan kari ataupun masalah kesihatan.
Soeorang wanita kemudian tampil berkongsi ilmu jika masalah ini masih ‘menghantui’ orang ramai selepas mereka mengubah tabiat pemakanan atau memakai deodoran.
“Petua (untuk menghilangkan bau badan) ini senang sahaja sebenarnya. Malahan, banyak lagi khasiat selain boleh wangikan dan menghilangkan masalah bau badan.
“Air rebusan ini untuk minum ya sayang, jadikan sebagai tea. Bukan untuk mandian. Jangan lupa amalkan,” kata wanita dikenali sebagai Puteri Kasim itu menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Berikut bahan-bahan serta langkah penyediaan air rebusan untuk menghilangkan masalah badan berbau;
- Serai
- Daun pandan
1. Mula-mula, basuhkan daun pandan dan serai sehingga bersih.
2. Kemudian kedua -dua bahan tersebut boleh dipotong kepada saiz yang lebih kecil.
3. Ketepikan sebelum letakkan air putih ke dalam periuk. Hidupkan air dan rebuskan.
4. Selepas air mendidih, boleh masukkan serai dan daun pandan ke dalam periuk itu.
5. Biarkan beberapa minit sehingga air benar-benar menggelegak.
6. Angkat dan tapiskan.
Petua ini boleh diamalkan sehingga dua ke tiga kali seminggu, namun tiada masalah sekiranya mahu diminum setiap hari sekiranya bau badan pembaca terlampau teruk.
“Bahan dia senang sahaja. Daun pandan dan serai, memang selalu tersedia di dapur. Boleh menghilangkan bau badan. Malah peluh juga terbau wangi kalau diamalkan.
“Cubalah amalkan. Tak akan nak tunggu sampai kawan tegur badan anda berbau.” Ulas wanita berkenaan dalam hantaran yang sama.
Namun pembaca juga disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada pakar jika air rebusan ini tidak dapat menghilangkan bau badan kerana dikhuatiri ia berpunca dari masalah kesihatan.