Terkejut tengok harga, wanita jumpa Nasi Lemak paling mahal dalam dunia!

Oleh MAISARAH AISYA

Jika di Malaysia, harga sebungkus nasi lemak boleh didapati pada harga serendah RM1 untuk lauk biasa seperti ikan bilis dan telur.

Namun semakin banyak lauk yang ditambah maka harga juga turut bertambah tapi tidaklah melebihi RM50.

Kini bukan hanya di Malaysia, sudah banyak negara luar yang menjual makanan tradisi orang Melayu iaitu nasi lemak.

Pasangan Youtuber dari Jepun ini bagaimanapun telah menemukan nasi lemak termahal di dunia ketika berada di Hong Kong.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tak dakwaan nasi lemak di situ adalah yang termahal di dunia.

iChang RM sebelum ini membuat beberapa siri video mengembara dan makan di Malaysia.

Mereka juga turut menghasilkan beberapa kandungan berkaitan makanan tempatan selain menerokai kedai-kedai makan di Malaysia.

Pasangan tersebut memesan nasi lemak yang didatangkan dengan ayam berempah, sambal, telur goreng, timun batang ikan bilis, kacang sama seperti yang dijual di negara ini.

Jika dilihat pada menu tersebut pastinya terlintas dalam fikiran rakyat Malaysia bahawa ia tidak akan melebihi RM10 namun harus diingat ini dijual di luar negara.

Maka tak terkejutlah jika ia dijual pada harga HKD 138, iaitu bersamaan dengan RM73 jika ditukar kepada mata wang Malaysia.

Mungkin kesukaran dalam mendapatkan bahan bagi menyediakan nasi lemak menjadi penyebab kepada tingginya harga makanan tersebut.

Selaain nasi lemak, youtuber tersebut turut memesan menu tambahan seperti laksa Nyonya dan air milo dinosaur yang harganya mencecah RM26.

Nama menu tersebut adalah nasi lemak Singapura, namun aromanya sama dengan nasi lemak yang dimakan di Malaysia.

Walaupun mahal, pasangan tersebut akan tetap kembali ke kedai itu untuk menikmati nasi lemak kerana ia mengingatkan mereka kepada negara ini.

Baca juga: Hanya guna 2 bahan, lelaki berjaya hitamkan semula ‘jeans’ lusuh – “Macam baru beli!”