Tak sedar diri menganggur! Lelaki terkejut mak minta biaya kahwin adik, suruh cari kerja sendiri tak nak

Oleh MALAYSIADATELINE

Kalau baru sahaja tamat belajar, jangan susahkan ibu bapa dengan nak berkahwin, pastikan ada kerja tetap terlebih dahulu.

Ini tidak, usaha nak menghalalkan kekasih sendiri tidak ada, mengharap pula bantuan adik beradik yang pastinya ada komitmen sendiri.

Seorang pengguna X, @aremaremnasi berkongsi kisah mak mentua yang meminta bantuan suaminya untuk membayar majlis kahwin adiknya.

“Adik ipar aku, lelaki, sudah berusia 27 tahun dan tidak bekerja datang dengan mak mentua dan maklum yang adik ipar aku tu nak ajak kekasih dia bernikah.

“Suami aku terkejut dan tanya sebab adik ipar masih tak bekerja, dia nak bagi isteri makan macam mana tapi mak mentua selamba jawab yang aku dan suami kena bantu, tak kasihan ke dekat adik ipar tu.

“Aku dah suami selama ini dah tanggung dua adik suami yang sambung belajar, tanggung kehidupan mentua, sekarang kena suruh bantu rumah tangga adik ipar yang tak kerja pula,” luahnya dalam hantaran di X.

Jelasnya lagi, adik ipar sudah tamat belajar tiga tahun lalu dan hingga sekarang tidak bekerja. Bila diminta cari kerja di luar bidang belajar, adik iparnya menolak.

Suami wanita itu bagaimanapun membuat keputusan untuk tidak masuk campur dan menyarankan adiknya untuk bekerja terlebih dahulu.

“Suami cakap dia tak nak masuk camput, apatah lagi disuruh sponsor majlis, adiknya disuruh kerja, kalau dah kerja baru boleh cakap mengenai hal kahwin.

“Adik kedua suami pun dah nak tamat belajar maka akan tamatlah tugas kami untuk membantu mereka dalam pelajaran, lepas ini boleh fikir tentang anak sendiri sahaja,” tambahnya.

Baca juga: “Makan, minum, tidur di lantai” – Budak 12 tahun jaga ibu terlantar di hospital seorang diri