Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tak sempat menghadap Sultan Johor, Salahuddin hadir ke Istana Negara

Tak sempat menghadap Sultan Johor, Salahuddin hadir ke Istana Negara

Malaysia DatelineFebruary 27, 2020 6:34 pm




Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub memberitahu beliau tidak sempat menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, semalam disebabkan perlu hadir ke Istana Negara.

Timbalan Presiden AMANAH itu berkata, beliau mendapat titah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara pada hari sama, iaitu semalam.

“Pada 22 Februari lalu, selaku Ahli Parlimen Pulai bersama-sama Ahli Parlimen lain dari Parti Amanah Negara (AMANAH) berada di Istana Negara untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti yang dititahkan.

“Selaku Ahli Parlimen, saya menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan mandat rakyat.

“Pada masa sama, selaku ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Johor, saya juga dititahkan untuk menghadap Sultan Johor.

“Disebabkan kesuntukan masa, saya tidak sempat menghadap baginda dalam masa yang ditetapkan. Namun, saya sentiasa menjunjung Sultan Johor,” kata Adun Simpang Jeram itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Salahuddin yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan (PH).

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production