Malaysia Dateline

‘Tak sempat tukar baju PM kita’ – Rakyat hargai sikap peduli Anwar Ibrahim

Orang ramai menghargai sikap peduli Perdana Menteri yang turun meninjau keadaan di lokasi bencana runtuhan tanah di Batang Kali, Selangor malam tadi meskipun dilihat tidak sempat menukar baju Melayu yang dipakai pada sebelah siangnya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba kira-kira jam 9.30 malam tadi dengan pakaian sama semasa majlis perjanjian permuafakatan lima gabungan parti di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di sebelah petang.

Rata-rata rakyat menzahirkan rasa kagum selain mendoakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu ditinggikan darjat lantaran sifat murni yang dimiliki walaupun terpaksa mengejar waktu.

Kesian PM dari siang sign MoU dengan baju Melayu sampai ke malam ke tempat tanah runtuh masih dengan baju yang sama. Betapa sibuknya jadual dengan tugas kepada rakyat dan negara. Salute.

“Tak sempat tukar baju PM kita. Terima kasih atas perkhidmatan terbaik daripada DSAI.

“Tak sempat lagi tukar baju kerana berkhidmat untuk negara. Semoga Allah naikkan darjat DSAI atas asbab berlaku adil, simpati dan murni kepada tanggungjawab yang diamanahkan.

“PM tak sempat tukar baju. Dengan capal je pergi lokasi kejadian. Semoga mangsa terlibat tabah dengan kejadian ini dan kerja-kerja menyelamat dipermudahkan,” demikian antara ciapan orang ramai di Twitter.

Malam tadi, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa kerajaan memberi sumbangan segera berjumlah RM10,000 untuk setiap mangsa yang meninggal dunia dalam runtuhan tanah di Batang Kali.

Sementara itu, katanya, bantuan wang ihsan RM1,000 juga diberikan kepada ketua isi rumah mangsa yang tidak terbabit dengan kematian.

Beliau dalam masa sama turut menyatakan penghargaan kepada semua petugas terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat bencana di daerah Hulu Selangor itu.

Tragedi di tapak perkhemahan Father Organic Farm di Jalan Batang Kali-Goh Tong itu berlaku disebabkan kegagalan cerun tambakan dengan dimensi runtuhan kira-kira 500 meter (m), lebar 200m, kedalaman 8m dengan isi padu runtuhan 450,000 meter padu (m³).

Baca juga ‘Rancangan tebuk atap sudah terbantut’ – Orang ramai sokong permuafakatan lima gabungan parti