Usai berita mengenai kenaikan gaji pekerja sektor awam, ramai bersorak gembira namun ada juga menggunakan media untuk mengkritik usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun ada satu perkara yang tak diketahui ramai bahawa bekerja dengan masalah disiplin akan dikecualikan daripada menerima kenaikan gaji secara automatik.
Menurut Malaysia Kini, beliau melihat sistem gaji pada masa ini tidak adil kepada penjawat awam yang rajin memandangkan kenaikan turut diperolehi penjawat awam bermasalah.
Disebabkan itu, Anwar memaklumkan kerajaan akan memperkenalkan kaedah agar penjawat awam bermasalah tidak mendapat kenaikan gaji secara automatik di masa akan datang.
“Sekarang (kenaikan gaji) ikut tahun. Kadang-kadang orang itu lembab bekerja, tak hadir (kerja) dan ada masalah disiplin tapi tetap dinaikkan gaji secara automatik.
“Jadi kita nak ingantkan bahawa ia (kenaikan) tidak automatik (lagi). Mungkin (kenaikan) automatik buat 95 peratus (penjawat awam yang berkhidmat dengan baik).
“Tetapi empat, lima peratus kepada yang lembab dan ada masalah. Kita akan perkenalkan kaedah agar mereka dinafikan (kenaikan itu).
“Tak adil orang yang kerja bertungkus-lumus dapat kenaikan, yang malas dan lembab pun dapat kenaikan automatik. Jadi (mekanisme itu) harus diberi pertimbangan,” katanya seperti dipetik Malaysia Kini.
Kenaikan gaji perlu setara dengan kecekapan
Walaupun kerajaan setuju untuk memberikan kenaikan gaji paling besar dalam sejarah kepada penjawat awam, ia perlu selari dengan peningkatan kecekapan dalam perkhidmatan.
“Tak benar bila orang kata kita naikkan gaji dengan kekalkan kaedah yang ada.
“Kita naikkan gaji dengan reform perkhidmatan awam dari segi tahap kecekapan, keupayaan dan prestasi,” katanya lagi.