Disebabkan banyak kes melibatkan artis bercerai akibat orang kedua, pastinya mereka yang bujang lebih selesa bergerak sendiri.
Malah dilihat ramai memilih berjaga-jaga dalam memilih pasangan kerana takut merana di kemudian hari.
Samalah seperti pelakon yang sedang naik ini, Anna Jobling menjadikan pengalaman dicurangi bekas kekasih sebagai asbab untuk tidak mendirikan rumah tangga.
Menurut Kosmo, pelakon utama Melur untuk Firdaus itu menyatakan dia lebih selesa hidup bujang kerana merasa dirinya lebih gembira.
“Perkara (curang) ini buat saya takut nak kahwin. Lebih baik saya ‘single’ tetapi gembira daripada berkahwin kemudian sakit hati.
“Saya pernah kena curang beberapa kali. Isu curang ini bukan hanya tidak sepatutnya berlaku pada saya malah terhadap mana-mana wanita lain juga.
“Tiada alasan untuk anda melakukan kecurangan,” katanya seperti dipetik Kosmo.
Malah wanita berusia 23 tahun itu lebih selesa untuk tidak berkongsi kisah peribadinya kepada umum dan tidak senang dengan sikap lelaki yang hipokrit.
“Tiada sesiapa tahu semua benda tentang kehidupan dan hubungan peribadi saya.
“Saya suka menyimpannya segala-galanya secara privasi dan tidak akan menceritakan semuanya. Kalau orang nak buat tanggapan sendiri, lakukan.
“Saya paling benci yang individu sejenis hipokrit seperti melarang saya melakukan sesuatu perkara tetapi realitinya dia pula yang buat,” kongsinya.
Baca juga: Tak sampai 2 minggu beranak czer, Ayda Jebat cabar diri mahu kurus sehingga 46kg dalam 30 hari