Pastinya ada ramai yang tidak gemar makan ikan disebabkan bau hanyir walaupun selepas dibasuh.
Rupanya ada cara untuk pastikan bau hanyir ikan hilang, malah boleh buat ikan rasa lebih sedap berbanding biasa.
Petua dan cara ini dikongsikan oleh Juriah H Mazlan menerusi laman sesawang Keluarga, ikan akan rasa lebih sedap selepas dimasak.
Cara ini boleh digunakan untuk semua ikan dan apa sahaja jenis masakan, pastinya berguna buat ‘chef’ keluarga di rumah.
Hanya menggunakan satu bahan sahaja iaitu limau kasturi, bau hanyir ikan hilang.
Cara-caranya:
- Basuh ikan tak kira apa jenis sekalipun bersih-bersih. Toskan dulu airnya.
- Ambil sebiji dua limau kasturi (yang ini mama fatim petik je dari kebun mini tu)
- Perahkan limau tu pada ikan. Letakkan sesudu dua garam kasar.
- Gaulkan rata-rata macam basuh ikan tu. Tinggalkan dalam 1 minit.
- Bilas semula ikan tu bersih-bersih.
- Masaklah seperti biasa. Nak goreng ke, masak gulai ke, atau apa-apalah.
- Nak simpan separuh dalam peti sejuk pun boleh.
InsyaAllah, tak ada rasa hanyir ikan, rasa gulai atau gorengan pun jadi lebih sedap.
Mana yang tak suka bau hanyir ikan tu, cubalah tips ini mungkin lepas ini boleh start makan ikan pula.
Baca juga: Rugi kalau simpan emas sampai mati, jom kenali 3 waktu terbaik untuk jual aset anda