‘Tak tahulah ini mamak ke bangla’, ramai marah peniaga roti canai basuh kuali guna air longkang

Oleh KIM SYAZIE

Seorang peniaga yang dikatakan menjual roti canai tular di media sosial selepas didapati mencuci perkakas dapur menggunakan air longkang.

Perbuatan itu berjaya dirakam seorang wanita di TikTok hingga mencetuskan kemarahan orang awam.

Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki dilihat sedang mencuci periuk di dalam longkang dengan menggunakan air longkang yang mengalir.

Lelaki itu bagaimanapun tidak memahami apa yang diucapkan wanita terbabit ketika perbuatannya sedang dirakam.

“Penjual roti canai depan ni, dia orang basuh kuali menggunakan air longkang.

“Jadi, sangat kotorlah,“ katanya ringkas.

Tidak dapat dipastikan warganegara lelaki terbabit, namun rata-rata menyebut sebagai mamak. 

Tetapi ia tetap menimbulkan rasa curiha kerana mamak di Malaysia kebanyakannya memahami bahasa Melayu.

Lokasi kejadian juta tidak dapat dikenal pasti dan tidak diketahui sama ada pihak berkuasa telah mengambil tindakan atau sebaliknya.

Setakat ini, hantaran berdurasi 24 saat itu tular di beberapa platform media sosial Facebook dan X selain TikTok.

Tiada maklumat terbaharu yang diperoleh rentetan daripada perbuatan jijik terbabit, namun orang ramai menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melakukan siasatan dengan kadar segera.

Baca juga: “Gaji suami besar tapi tak tunai nafkah, anggap tugas selesai lepas beli ikan, ayam dan sarapan”