Imam seharusnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat yang pastinya memandang tinggi sosok yang lebih memahami soal hukum hakam dan dosa.
Dek kerana satu perbuatan terkutuk seorang lelaki, habis terpalit nama baik dan kedudukan seorang imam.
Kejadian berlaku di Aceh melibatkan imam kampung yang ditangkap berkhalwat dengan seorang janda dalam kereta milik imam tersebut di perkarangan masjid.
Menurut Serambi Indonesia, imam dikenali sebagai IL, 33, diberkas oleh sekumpulan penduduk kampung Tangsilama, Kecamatan Serawang, Aceh Tamiang, Aceh.
Pada ketika itu imam tersebut didakwa sedang berkhalwat dengan seorang janda dikenali sebagai LI di dalam kereta.
Perbutatan terkutuk mereka bagaimanapun disedari penduduk dan cuba menangkap mereka kerana mempunyai hubungan sulit.
Pada 4 Februari 2021, LI kelihatan mundar-mandir di depan kedai fotostat sebelah masjid dan tidak lama kemudian masuk ke lapangan masjid serta menuju ke kereta milik si imam.
Maka penduduk itu bertindak dengan memerhati tidak jauh dari kereta itu dan mendapati si imam sudah ada di dalamnya.
Selepas beberapa ketika, mereka mendapati kereta itu bergoyang-goyang seperti ada aktiviti seksual dilakukan.
Terkejut apabila mengetahui perbuatan terkutuk mereka dilihat, imam itu dikatakan memecut kenderaan ke kawasan balai pengajian yang dikelola olehnya.
Tidak takut tuhan tapi risau ditangkap manusia, imam dan janda itu meneruskan perbuatan terkutuk mereka.
Perbuatan itu hanya terhenti selepas penduduk yang mengekori kenderaan mereka mengetuk di bahagian tingkap supaya pasangan tersebut berhenti.
Penduduk akhirnya membuat keputusan untuk menahan imam dan janda tersebut sebelum menghubungi penghulu kampung.
Kedua-duanya dibawa ke Masjid Al-Marttaain dan hasil rundingan bersama antara penghulu dan ahli jawatankuasa masjd.
Mereka bersetuju bahawa imam dan janda itu perlu dinikahkan dengan mas kahwinnya Rp200 ribu (RM6O).
Lebih menyedihkan imam berusia 33 tahun itu sudah beristeri dan empat orang anak manakala si janda berusia 39 tahun juga mempunyai empat cahaya mata.
Kisah perkahwinan imam dan janda ini menjadi heboh dalam kalangan penduduk di Tangsilama dan IL dipecat sebagai imam.
Sebagai individu yang lebih tahu mengenai hukum hakam Islam, seharusnya tahu perbuatan zina itu adalah haram dan terkutuk.