Malaysia Dateline

“Tak timbul isu takut mati, kita terima kematian berlaku bila-bila masa”

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya bahawa beliau hanya menyelamatkan diri dan cuba merisikokan nyawa petugas barisan hadapan dengan menghantar mereka ke Sabah.

Noor Hisham berkata, sama sekali tidak timbul isu takut mati oleh kerana sebagai Islam, beliau yakin kematian akan berlaku bila-bila sahaja.

“Tak timbul isu kita takut mati. Kita sebagai Islam terima kematian di mana-mana akan berlaku, bukan hanya turun padang atau tak

“Apa yang penting kita pasang niat laksanakan tugas kita.

“Niat kita nak putuskan rantaian Covid-19 dalam negara kita,” katanya dalam sidang media petang tadi.

Beliau berkata demikian menafikan tuduhan ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa Noor Hisham takut mati sehingga tidak turun padang memantau situasi yang berlaku di Sabah.

Tiong berkata, Noor Hisham hanya tahu membuat siaran langsung Covid-19 namun tidak berani kehadapan membantu memerangi wabak berkenaan.

Malah, KKM juga dikritik semakin menampakkan kelemahan apabila tiada tindakan berkurung dikenakan untuk kawasan-kawasan yang menyebabkan kluster, sehingga akhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan hampir seluruh Semenanjung.