Tak tolak buka perniagaan satu hari nanti, Fasha pilih fokus dalam bidang lakonan dulu

Oleh MAISARAH AISYA

Kebanyakan artis zaman sekarang dilihat membuka perniagaan sendiri untuk menjana pendapatan tanpa bergantung kepada industri seni sahaja.

Namun buat pelakon terkenal, Fasha Sandha, dia lebih memilih untuk kekal berlakon sebelum menceburi bidang perniagaan.

Menurut Harian Metro, Fasha akui kesukaran untuk fokus kepada dua perkara berbeza namun tidak menolak untuk perniagaan sendiri satu hari nanti.

“Masih belum lagi bersedia untuk ‘slow down’ (dalam bidang lakonan). Sekiranya saya mahu berniaga atau nak buat produk kena ada masa yang banyak dan boleh fokus kepada bisnes.

“Saya masih lagi aktif, tak boleh buat dua benda dalam satu masa.

“Jadi saya fokus untuk lakonan dan jadi duta cari pengalaman dulu, kalau ada rezeki nanti Insya Allah,” kata Fasha seperti dipetik Harian Metro.

Pada masa sama pelakon ‘Dendam Seorang Isteri’ itu juga memaklumkan banyak menolak tawaran menjadi duta produk.

“Kita buat kerana sayang pada produk itu, contoh produk kecantikan atau kurus, ada brand dah ‘lock’ kita.

“Kemudian ada ‘brand’ lain pulak nak ‘lock’ dengan harga lebih tinggi, tapi saya bukan seorang yang fikir berkaitan duit semata-mata.

“Saya fikir apa yang saya guna apa yang saya ‘consume’ untuk saya kongsi dengan ‘followers’ saya,” tambahnya.

Baca juga: Luah rasa rindu, Noh akhirnya dedah muka anak angkat