Takfiri berleluasa selagi Pas wujud

Takfiri berleluasa selagi Pas wujud

Sikap pentabsub Pas yang menyebarkan kebencian dan mengkafirkan orang lain akibat fahaman takfiri semakin berleluasa, tegas Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin.

Menurutnya, sentimen menganggap diri mereka sahaja paling layak masuk syurga terus berlaku selagi parti tersebut wujud.

“Saya menjangkakan selepas dua tahun lebih keluar Pas, pentaksub Pas semakin rasional dan boleh menerima hakikat bahawa Pas hanya parti politik, bukan agama. Berbeza parti dalam politik tidak sama seperti berbeza mazhab dalam fiqh.

“Namun, jangkaan itu meleset. Setiap hari akan lahir pentaksub baru yang menyebarkan kebencian kerana berbeza parti. Setiap ketika akan muncul idea dan buah fikiran untuk memarakkan faham takfiri.

“Selagi Pas wujud, dan pentaksubnya perasan diri mereka suci, selama itulah faham takfiri di negara ini akan terus subur,” ujarnya.

Beliau menyifatkan pentaksub Pas sememangnya perasan diri mereka suci, paling bertaqwa, berhati paling bersih, paling dekat dengan Tuhan, tidak banyak dosa, paling diredai Tuhan dan bakal masuk syurga secara pasti.

“Pendek kata, orang lain yang tidak seperti mereka berhati kotor, jauh daripada Tuhan, tidak bertaqwa, tak dapat reda Tuhan, paling banyak dosa dan bakal terazab di akhirat.

“Apa buktinya? Cuba baca ‘posting’ dan komen mereka di FB (Facebook). Boleh dianggap semuanya memperlekehkan orang lain, meragui keimanan orang lain, mempertikai keislaman orang lain dan menganggap orang lain kotor,” jelasnya.

Ustaz Zolkharnain berkata, tidak diketahui fahaman apa yang ditanam di kepala pentaksub Pas apabila hanya memilih ayat al-Quran yang dianggap menyebelahi mereka manakala ayat menyentuh tentang azab, kafir, munafik, laknat, semuanya utk orang lain.

“Orang yang berbeza dengan mereka diminta bertaubat, tak ikut acara mereka berhati kotor, tak berpakaian seperti mereka dikira sekular, tidak setuju dengan mereka dikira sokong pesta arak, tidak sependapat dengan mereka dikira sokong kafir.

“Jika mereka ditimpa musibah, itu ujian dan tanda kasih Tuhan untuk mereka. Jika orang lain pula, itu bala dan azab Tuhan. Pendek kata, mereka suci bersih, orang lain semua kotor damuih (jijik),” ujar Timbalan Pengerusi AMANAH Perlis berkenaan.

Mengambil contoh isu pesta arak, beliau berkata, Ahli Parlimen AMANAH dilabel menyokong pesta minuman keras itu apabila berbahas mengenai hak masyarakat bukan Islam dalam isu arak.

“Orang bercakap soal hak dan undang-undang, pentaksub Pas bercakap soal syurga neraka. Teruk betullah otak pentaksub Pas. Mentang-mentanglah dia pakai serban, dia ingat keislamannya sudah ‘tip top’.

“Orang pakai topi, tak pakai serban, dianggap keislamannya longgar dan tak sayang agama. Kalau yang berfikir begitu sekadar lepasan Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam – tadika Pas), bolehlah dimaafkan. Tapi apabila tengok profil… balik al-Azhar,” tambahnya lagi.

8.7
OVERALL SCORE
: 8.0
2 user votes x 9.0
CATEGORIES
TAGS