Malaysia Dateline

Takiyuddin syok sendiri, kerajaan makin gagal tangani isu ekonomi, Covid-19

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung tuntutan agar Parlimen segera dipanggil bersidang amat dangkal dan tidak munasabah.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali berpendapat Takiyuddin nampaknya berjaya menampilkan apa yang menjadi ‘worse kept secret’ iaitu satu-satunya tujuan Parlimen tidak bersidang adalah untuk kelangsungan politik Perdana Menteri dan Kabinet semata-mata.

“Ini adalah kerana alasan-alasan yang ditampilkan oleh YB Menteri bukan sahaja tidak kukuh malah menjadi bahan sindiran rakyat sementara mengunggu waktu berbuka puasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Takiyuddin berkata, Parlimen akan segera dipanggil bersidang apabila tiba masa yang sesuai, kerana keutamaan ketika ini ditumpukan kepada usaha mengawal serta mencegah wabak Covid-19.

Mengulas lanjut, Rafique berkata, rakyat biasa melihat adalah alasan-alasan Takiyuddin sehingga kini hanya retorik tanpa sebarang rujukan tepat sains dan data.

“Apa yang gagal dilihat oleh YB Menteri tetapi ditonton oleh keseluruhan rakyat jelata adalah kegagalan demi kegagalan kerajaan dalam menurunkan kadar jangkitan harian.

“Apa yang dilihat oleh rakyat adalah penguatkuasaan longgar atau ‘dilonggarkan’ kepada golongan-golongan ahli politik kerajaan dan/atau golongan mewah/atasan,” tegasnya.

 

LANJUT MENYUSUL