Malaysia Dateline

Takiyuddin tidak pernah diberi mandat untuk berunding dengan BN bentuk kerajaan-Mahiaddin

Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassaan tidak pernah diberi mandat untuk berunding dengan BN bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), demikian tegas Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Dalam kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan tujuan parti itu bertanding dalam PRU15 untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan.

“Saya sebagai pengerusi PN tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15.

“Saya berdoa dengan izin Allah dan sokongan padu rakyat PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukui untuk membentuk kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri-negeri yang terlibat dalam PRU,” katanya.

Terdahulu, Takiyuddin akui PN mungkin akan bergabung dengan BN untuk membentuk kerajaan selepas PRU15.

Takiyuddin yakin Pas mampu membentuk kerajaan dan menjangkakan BN akan menerima penggabungan itu, namun menegaskan tidak sesekali akan bergabung dengan PH.

Baca juga: Pas akui PN mungkin bergabung dengan BN selepas PRU15

Baca juga: PRU-15: Adly optimis Pelan Alor Gajah Berwibawa mampu dilaksanakan