Malaysia Dateline

Taktik ‘delay’ kes dalam permohonan tarik diri peguam

Mana-mana kes, jika peguam nak tarik diri dari wakili anak guam, Peguam itu kena buat permohonan di Mahkamah. Kena pohon. Bila dah nama pun permohonan, maka permohonan itu boleh ditolak atau diterima oleh Mahkamah.

Alasan permohonan tu macam-macam. Lazimnya sebab peguam tak lagi dapat arahan anak guam, anak guam ‘hilang’ atau saja-saja buat ‘hilang’, anak guam tak bayar yuran guaman, anak guam tak lagi percaya dengan Peguam dan lain-lain.

Jadi Hakim bila dengar permohonan tu, Hakim akan pertimbangkan. Kalau dah sampai tahap anak guam ‘hilang’, takkan lah Hakim nak biarkan Peguam tu teruskan kes. Naya la.

Tapi kalau anak guam tu jenis tak ’hilang’ dan available ja memanjang, isu duit bukan masalah, Peguam pula hebat, asyik nak bertukar Peguam pula, kes pula dah lama, apatah lagi taktik nak delay kes pun dah bermacam-macam dibuat, ingat Hakim nak layan atau biar? Ingat Hakim tu bodoh dan baru jadi Hakim sebulan dua?

Taktik delay oleh mana-mana pihak dalam sesuatu kes ni bukanlah perkara asing. Dalam kes HOW HOCK SING v. LEE SAY PENG & ORS [2015] 9 CLJ, Hakim Mahkamah Tinggi kata:

“Although well within his right to his own choice of counsel, the timing the plaintiff effected the change was not prudent. It would give rise to the suspicion, as it did to the defendants, that the plaintiff was merely using the change as a delaying tactic, in part as an excuse for the anticipated delay”

Yang boleh ingat atau simpan lagi kes atas ni sebab baru saja guna kes ni dalam 2-3 minggu lepas. Perkara sama berlaku dalam kes kami, pihak lawan asyik bertukar Peguam sampai 4 kali!

Hinggakan kes pun asyik bertangguh. Tak ka naya? Jadi pihak kami suarakan hal ni kepada Mahkamah. Peguam yang ke-4 ni pun kata dia faham dengan concern kami, sebab dia pun tak tahu yang dia ni adalah lawyer yang ke-4 dah.

Kalau jadi pada kes dia pun, dia kata dia bantah. Biasalah, anak guam ni pun kadang-kadang akal panjang, masa dia nak lantik lawyer baru, bukannya dia nak cerita habis pun.

Dalam kes Najib sekarang ni pula, Hakim yang bersidang bukan sorang. Tapi 5 orang! Jadi bila Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Peguam Najib untuk tarik diri atau tangguh kes, ia adalah keputusan semua 5 orang Hakim tu.
Bukan sorang Hakim saja. Kena ingat, setiap 5 orang Hakim tu ada kuasa untuk buat keputusan sendiri. Boleh jadi ada yang setuju, ada yang tidak setuju. Sebab tu ada kes yang berkeputusan sebulat suara, ada yang majoriti 4-1 ka 3-2 ka. 4-0 ja tak dak, tu keputusan Menyu. Jangan buat hal sini.

Jadi bila semua 5 orang Hakim tolak permohonan Peguam Najib tu, maknanya setiap dari mereka berpendirian permohonan Najib tu tak bermerit. Tak berasas.

Saya biasa buat Bicara kes dengan salah sorang Hakim yang berlima tu. Tak nak lah sebut nama. Hakim ni memang garang dan strict. Kedah kata cengey nak mampoih. Jangan la buat hal.

13 tahun dulu masa saya kali pertama ada kes depan Hakim ni, masa dia tengah bagi arahan, saya sebut ‘okay Yang Arif’. Terus dia jeling dan sound “What okay okay? How long do you practice?? Dont okay okay in front of me”.
Saya pun jawab “Okay Yang Arif.” Nohhh sekali lagi dia jegil panjang. Bodo sungguh aku ni duk pi okay buat apa. Cuak punya pasal.

Nak ceritanya, punya la strict dan pantang sungguh bab etika atau disiplin ni. Jawab okay pun tak boleh. Inikan pula nak buat akal tukar Peguam dan nak tangguh kes. Ini Mahkamah Persekutuan kot. Mahkamah yang paling tinggi dalam segala hieraki Mahkamah. Bukan Mahkamah Penghulu!

Pernah la juga dalam 10 tahun dulu, saya last minit ambil kes satu orang ni, ganti Peguam lama. Esok lusa dah nak bicara. Dah baca dah kes. Boleh ja nak teruskan. Cuma bila hari bicara, saya maklum pada Hakim saya perlukan masa untuk study lanjut kes (sama la macam alasan kes Najib ni) dan minta tangguh tarikh singkat saja.

Hakim tak benarkan. Dia kata, once u ambil kes, u kena ambil tanggunjawab dan teruskan kes. Saya pun ok ja.
Teruskan je la. Bila saat cross examine saksi lawan, tiba-tiba saksi tu takleh jawab dan kata dia perlu masuk dokumen tambahan. Pendek cerita, pihak lawan yang mohon tangguh kes. Jadi kes pun akhirnya tangguh. Itu la tadi aku nak tangguh tak bagi.

Kesimpulannya, jangan la duk ingat apa yang berlaku dalam kes Najib ni benda asing dan pelik. Keputusan Mahkamah Persekutuan tu pun tak pelik. Tarikh Bicara kes Najib ni lama dah ditetapkan. Bukan baru semalam dapat whatsapp tarikh. Yang lebih pelik ialah kalau kes tak jalan dan tangguh. Tu pelik.

Jadi, jangan duk buat terbeliak cempera serupa tertelan putik deghian.

Baca juga: Penyokong Najib cuba jadikan prosiding Mahkamah Persekutuan sebagai ‘sarkas politik’