Walaupun sudah berkahwin masih ramai nekad untuk ‘makan luar’ hingga akhirnya mengandung hasil hubungan terlarang.
Seorang wanita dari Samarinda, Indonesia sanggup menyembunyikan dirinya mengandung hasil berzina daripada pengetahuan suami dan keluarganya.
Menurut Kompas, wanita berusia 22 tahun itu curang dengan dengan seorang lelaki yang dikenali melalui media sosial, Facebook.
Avi berjaya menyembunyikan kandungan selama sembilan bulan hinggalah dia melahirkan anak di tandas ketika sakit perut.
Selepas dilahirkan, kepala bayi itu dipercayai berada dalam lubang jamban.
Disebabkan panik, wanita tersebut mengambil dan memasukkan kepala bayi itu ke dalam gayung berisi air sehingga tidak bernyawa.
Apabila sudah pasti bahawa bayi sudah tidak bernyawa, dia membungkus mayat bayinya sendiri dengan plastik hitam sebelum simpan dalam termos nasi berukuran kira-kira 30 liter.
Rancangan Avi untuk menanam bayi itu terbantut selepas mengalami komplikasi selepas bersalin apabil mengalami pendarahan teruk namun menipu ibu kononnya datang bulan.
Segalanya terbongkar selepas dia pengsan dan dikejarkan hospital berdekatan dan ketika itulah doktor mendapati masih ada uri yang tidak keluar sepenuhnya.
Pada akhirnya dia terpaksa mengaku sudah melahirkan bayi secara normal dan ditahan pihak polis yang menjumpai mayat bayi tersebut dalam termos nasi.