Takut tersalah makan, ustazah ajar cara nak tahu kedai mana guna pelaris

Oleh MAISARAH AISYA

Ada sesetengah kedai makan menggunakan pelaris untuk memastikan pelanggan sentiasa ada di kawasan mereka berniaga.

Mereka ini seperti susah untuk percaya akan rezeki Allah hingga sanggup menggunakan pertolongan maklus halus.

Ikuti perkongsian menerusi Facebook Ustazah Nazirah Abd Rahim tentang cara untuk mengetahui sama ada kedai tersebut menggunakan pelaris.

Antara tanda di kedai makan

1) Makhluk di dalam gambar ini dipanggil sebagai jin peludah kerana sebelum makanan disajikan kepada pelanggan, ia meludahkan sesuatu ke atasnya. Ini bertujuan agar pelanggan merasa ketagih untuk kembali ke kedai tersebut.

2) Tidak hanya itu, terkadang jin peludah juga menjilat pinggan mangkuk yang digunakan pelanggan. Proses ini dikatakan memberikan tambahan perasa kepada makanan yang hendak disajikan.

3) Pelanggan yang memakan makanan tersebut akan mengalami kesakitan dan kekurangan kesihatan selepas itu. Gejala-gejala yang berbeza mungkin berlaku, seperti muntah-muntah, demam, dan kesakitan yang berpanjangan.

4) Kanak-kanak juga akan menjadi lebih degil dan susah diurus.

5) Oleh itu, hati-hati. Prinsip asasnya, hati orang beriman tidak akan tertarik untuk makan di kedai-kedai yang melibatkan perkara-perkara khurafat.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

Maknanya: “Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan ‘tiwalah’ itu adalah syirik.”

[Riwayat Imam Ahmad (3,615), Abu Daud (3,883) & Ibnu Majah (3,550)]

Imam al-Munawi berkata:

“Menggunakan tangkal dianggap syirik kerana bererti seseorang itu meyakini ia dapat memberi pengaruh (ta’thir) dan ini boleh membawa syirik kepada Allah.”

Al-Tibi pula berkata:

“Maksud syirik pada hadis di atas adalah apabila seseorang meyakini bahawa ia (jampi, tangkal dan tiwalah) mempunyai kekuatan dan mampu memberi kesan (dalam mempengaruhi/mengubah sesuatu) dan perkara tersebut adalah jelas bertentangan dengan tawakkal kepada Allah.

(Lihat Faidh al-Qadir, 6/121).

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin ‘Amir, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَلاَ أَتَمَّ اللَّهُ لَهُ وَمَنْ عَلَّقَ وَدَعَةً فَلاَ وَدَعَ اللَّهُ لَهُ

Maknanya: “Siapa yang menggantungkan tangkal, nescaya Allah SWT tidak akan selamatkannya daripada tangkal itu. Dan siapa yang memakai azimat, nescaya Allah SWT tidak sempurnakan azimat itu.”

[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (20,090), Al-Hakim dalam al-Mustadrak (7,501) dan Ibn Hibban (6,096)]

Jadi berhati-hatilah ketika makan di mana-mana gerai mahupun restoran, kerana makanan itu akan menjadi darah daging.

Lagi satu, dah guna pelaris, tak perlu hantar mahklus halus untuk jatuhkan perniagaan orang lain pula.

Baca juga: Aman Palestin lancar tabung baru, rayu sumbangan awam tampung kos ikat jamin