Takut tersalah pilih durian? Anak pekebun kongsi tip penting! Baru berbaloi beli walaupun mahal

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang jarang beli buah durian tapi teringin nak makan, mesti ada masa beli durian yang dah rosak.

Nak buang rasa sayang, terpaksa jadikan tempoyak sebab nak makan rasa tak lalu pula, beli pun boleh tahan harganya.

Ikuti perkongsian Ida Royani, seorang anak pekebun mengenai caranya memilih durian yang ‘confirm’ elok.

Tip bila beli durian

1. Pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah.

Kalau yang baru luruh, pada bulatan tangkai tu akan ada rasa berlendir, itu tanda buah betul-betul segar.

2. Jangan tertipu dengan peniaga.

Semua peniaga akan cakap buah baru luruh tapi kalau tangkai emakin mengecut dan mengecil maknanya buah tu kurang berkualiti.

    3. Pilih buah yang tak pecah di bahagian bawah.

    Buah yang baru tak akan pecah, durian hanya akan mula merekah pada hari ketiga. Semakin besar rekahan semakin merosot kualiti, ni sesuai untk tempoyak.

    4. Lihat duri.

    Bagi mereka yang minat durian dengan rasa lemak manis, pilih duri pendek dan sekata.

    Jika yang suka manis tapi ada rasa pahit sedikit, boleh pilihi duri yang melengkung, biasanya duri panjang seinci.

    5. Bau pangsa untuk tahu buah elok atau tidak.

    Untuk mengenal pasti buah elok dan tak rosak, cium setiap pangsa. Buah yang masak ada bau berbanding pangsa lain.

    Baca juga: Boleh bawa maut! Doktor beri amaran berhenti minum kopi ada bahan terlarang – “Diharamkan KKM”