Malaysia Dateline

Takziah kepada keluarga Malim Ghozali dan Kak Kiah

AMANAH mengucapkan takziah kepada Pak Shukur Harun atas pemergian isterinya yang juga pejuang veteran AMANAH, Puan Rokiah Haji Abdul Samad kelmarin.

Turut diucapkan takziah adalah kepada keluarga Allahyarham Dr Mohamed Ghazali Abdul Rashid atau nama penanya Malim Ghozali PK atas pemergian Allahyarham.

Dr Mohamaed merupakan Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Award) 2013 dan juga Sasterawan negeri Perak.

“AMANAH mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan mendoakan kekuatan ahli keluarga Allahyarham dengan kesabaran dan kekuatan,” kata Dr Muhaimin Sulam, Naib Pengerusi AMANAH Perak yang juga Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian AMANAH Nasional.

Allahyarhamah Hajjah Rokiah atau lebih dikenali Kak Kiah adalah aktivis wanita veteran AMANAH yang sangat aktif di Selangor khasnya di Subang Jaya dan Shah Alam.

Suami beliau, Pak Shukur Harun adalah penulis veteran yang pernah menjadi wartawan di Utusan Malaysia, Berita Harian, Harakah serta Mingguan Amanah.