Malaysia Dateline

‘Takziah orang Pekan’, warganet perli spekulasi anak Najib bakal bertanding PRU15

Orang ramai dilihat menyindir termasuk mengucapkan ‘takziah’ kepada pengundi di Parlimen Pekan susulan khabar angin yang mendakwa bahawa anak sulung Najib Razak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohd Nizar, 44, dikatakan bakal menggantikan ayahnya yang sedang berdepan dengan perbicaraan rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

“Takziah orang Pekan,” perli Aizuddin Azhari manakala menulis, “Lari mulut naga, masuk mulut telaga, terbenam terus.”

Tidak kurang juga netizen yang menolak sama sekali Mohd Nizar sebagai calon PRU15 yang merupakan anak Najib dengan bekas isteri, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.

“Anak pun kita tolak, jangan bagi muka,” tegas Khairil Aiman.