Tamatkan monopoli Bernas, harga beras dijangka turun

Tamatkan monopoli Bernas, harga beras dijangka turun

Menteri Industri dan Asas Tani Salahuddin Ayub berkata, penamatan monopoli oleh Syarikat Padi Beras Nasional (Bernas) dijangka mampu menurunkan lagi harga beras atau ia terus kekal seperti harga pasaran.

Beliau memberi jaminan penamatan monopoli ini dapat menurunkan harga beras sebab ia berkaitan permintaan dan bekalan.

“Bila kita pecahkan monopoli ni, maka akan ada persaingan. Bernas tetap wujud, tapi nak buka monopoli itu pada individu sebab kita juga nak sesuaikan ia dengan manifesto Pakatan Harapan,” lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penerimaan Sumbangan untuk Tabung Harapan bernilai lebih RM1 juta terdiri daripada pelbagai penyumbang di Parlimen Bakri.

Tambah Salahudin, keputusan penamatan monopoli terhadap Bernas juga secara tak langsung dapat memastikan jaminan terhadap keselamatan makanan serta kecukupan beras kepada rakyat.

Dalam pada itu, sebagai langkah proaktif, Salahudin turut mengarahkan Majlis Penasihat dan Setiausaha Kementerian untuk membentangkan kertas kerja mereka berkaitan isu ini.

“Pada masa sama, pihak korporat atau mereka yang pakar dalam bidang ini boleh memberikan kertas kerja kepada kami. Kementerian juga mengalu-alukan orang ramai untuk memberi pandangan dan pendapat mengenai hal ini di mana kesemua cadangan mereka itu akan kita putuskan di akhir nanti,” katanya.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 9.0
3 user votes x 7.7
CATEGORIES
TAGS