Malaysia Dateline

Tambah peruntukan JAKIM untuk serap guru KAFA ke jawatan tetap

Bekas Timbalan Menteri Agama Fuziah Salleh meminta penambahan peruntukan sebanyak RM1,900,000.00  kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membolehkan projek perintis penyerapan jawatan tetap guru- guru KAFA bermula.

Beliau membawa usul ini dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa dengan giliran Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan yang bermula hari ini.

“Ini ialah usaha untuk menyerapkan batch yang pertama guru-guru KAFA kedalam Contract Of Service, satu usaha yang saya telah mulakan dari tahun 2018.

“YB Menteri Agama Dr Zulkifli telah pun berjanji bahawa projek rintis akan bermula pada tahun 2021,” katanya.

Katanya, Menteri Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga mengesahkan perkara itu dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Kuantan itu di Dewan Rakyat pada July 2020 bahawa usahanya yang telah mulakan tersebut akan di sambung dan di teruskan.

“Sekiranya usul ini di terima, maka penyerapan guru-guru KAFA ke jawatan tetap melalui Contract of Service dengan Gred S29 akan dapat dilaksanakan.

“Penantian selama 30 tahun akan berakhir. InshaAllah Doakan kejayaan,” katanya.

Terdahulu ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, Fuziah memaklumkan usaha menyerapkan guru KAFA ke jawatan tetap sudah di peringkat akhir setelah kertas kerja cadangan semuanya sudah mendapat maklum balas.

Dianggarkan 31,460 guru Kafa bertaraf kontrak berkhidmat di 5,609 premis Kafa di seluruh negara ketika ini.