Tambang bas sekolah: Apa solusi kerajaan?

Tambang bas sekolah: Apa solusi kerajaan?

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak meminta Gabungan Persatuan Penguasa Bas Sekolah Malaysia mengkaji semula kadar tambang perkhidmatan bas sekolah yang dicadangkan akan mengalami peningkatan pada tahun hadapan.

Hal ini dan sudah tentu akan menambahkan bebanan ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan ini, kata Setiausaha AMANAH Perak, Salman Haji Saleh dalam satu kenyataan semalam.

“Beberapa permasalahan diutarakan oleh mereka iaitu kadar minyak yang tidak menentu dan alat-alat gantian yang mengalami kenaikan harga antara 50 ke 80 peratus adalah sebagai faktor atau penyebab utama kemungkinan kadar tambang mengalami peningkatan antara RM10 hingga ke RM20 bermula pada tahun hadapan ini.

“Semua maklum bahawa isu ketidaktentuan harga minyak yang tidak menentu dan dalam masa yang sama sudah tentu juga alat gantian kenderaan juga meningkat kerana berpunca daripada nilai Ringgit Malaysia yang rendah dan juga kelembapan ekonomi negara yang agak suram akan memberikan kesan kepada semua sektor dalam negara,” kata beliau.

Menurut Salman, Perbentangan Bajet tahun 2018 Negara dan juga Negeri Perak baru-baru ini masih belum mampu menyuntik dan mengurangkan beban rakyat khasnya kepada ibu bapa yang berhadapan dengan pembukaan sekolah tidak lama lagi yang sudah tentu memerlukan satu kewangan yang besar.

“Kerajaan perlu tampil dengan satu solusi atau penyelesaian yang mampan dan menzahirkan hasil bajet yang dibentangkan baru-baru ini yang akan membantu rakyat untuk keluar daripada tekanan yang dihadapi berikutan puncanya iaitu ‘ibu’ segala beban adalah berikutan dengan ketidaktentuan harga minyak petrol khususnya,” katanya.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES