Kecoh tampal nombor plat palsu pada McLaren, suami Fatin Afeefa masuk hospital?

Oleh KIM SYAZIE

Nombor plat yang dilekatkan pada kereta mewah McLaren milik suami pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang bukanlah nombor yang sebenar.

Mengejutkan, perkara itu telah disahkan oleh pihak penguat kuasa dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur.

Menurut JPJ, nombor pendaftaran ‘QPA1’ dan juga kenderaan jenis McLaren itu sebenarnya dimiliki oleh pihak yang berbeza.

Malah, kenderaan mewah berkenaan juga tidak didaftarkan atas nama usahawan pelaburan yang lebih dikenali sebagai Opai itu.

Justeru itu, JPJ menasihatkan agar pemilik sebenar kenderaan tersebut untuk membuat laporan polis dengan segera.

“Menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Terbaharu, Fatin telah memuat naik ‘story’ menerusi akaun Instagram miliknya yang memaparkan gambar Opai terlantar hospital.

Dengan kapsyen “Kena pukul dengan geng Honda”, Fatin bagai memberi gambaran bahawa suaminya jatuh sakit kerana dipukul.

Sementara itu, Aliff juga sempat memberi penjelasan mengenai penggunaan plat kenderaan ‘QPA1’ tersebut.

Tidak digunakan sewaktu memandu, nombor plat kereta itu hanya dibuat khusus sempena perkahwinannya dengan isteri, Fatin Afeefa.

Aliff juga memaklumkan bahawa JPJ tidak pernah menghubungi atau mencari dirinya sejak isu itu mula tular di media sosial.

“Jangan kata JPJ panggil apa semua, atas jalan raya tak pakai nombor plat tu. JPJ tak panggil pun, tak ada surat sampai. JPJ tak ada call pun.” Ulasnya.

Baca juga: ‘Influencer’ maut lepas ikut senaman, diet ekstrim