Seorang wanita terkejut apabila dirinya ditampar ketika sedang beratur untuk keluar dari LRT di stesen Hang Tuah.
Terkejut dengan kejadian tersebut, pengguna Twitter @pei_loy itu terus memanggil polis bantuan untuk pertolongan.
Apa yang dapat dilihat, mak cik tersebut dikatakan kurang siuman dan tidak waras, jadi wanita itu dinasihatkan untuk buat laporan sahaja.
Tidak mahu kejadian berulang kembali, rakan wanita tersebut bertanya mengapa mak cik itu menampar namun dia cuba melarikan diri.
“Setelah dia mengetahui bahawa dia tidak dapat melarikan diri, dia terus menampar pipi kawan saya sehingga menyebabkan cermin mata rakan saya jatuh ke atas lantai dan pecah sebelah.
“Selepas itu, makcik itu telah ditahan dan segala siasatan telah dilaksanakan dengan cepat,” ujarnya.
Wanita itu pada masa sama berterima kasih dengan Polis Diraja Malaysia dan Polis Bantuan yang membantu mereka untuk membuat laporan.
Baca juga: Saiz sotong celup tepung tular lagi, tertipu dengan tepung tebal