Tamrin alukan Dr. Zul sertai Pas, berharap boleh jadi tabib

Tamrin alukan Dr. Zul sertai Pas, berharap boleh jadi tabib

Bekas ahli Pas, Tamrin Ghafar, mengalu-alukan penyertaan kolumnis Dr. Zulkifli Yaacob ke dalam Pas dan berharap boleh berperanan sebagai tabib yang akan mengubati segala jenis penyakit yang dihidapi beberapa pemimpin parti itu.

“Tindakan Dr. Zulkifli Yaakob bekas kolumnis Utusan menyertai PAS tidak menghairankan, beliau ikhlas,” kata beliau dalam satu komen yang tersebar di media sosial.

“Saya, Tan Sri Mat Taib dan beberapa yang lain pun begitu juga, malah lebih dari itu, kami dilahirkan dalam keluarga Uumno. Kami memegang beberapa jawatan penting kerana Umno.

“Kami sanggup tinggalkan Umno kerana kami begitu yakin dengan perjuangan Pas berlandaskan Al Quran,” katanya.

Namun katanya, hanya selepas dua tahun beliau sedar apa sebenarnya perjuangan pemimpin-pemimpin khasnya Presiden Pas kini.

“Yang kami harap-harapkan selama ini, rupa-rupanya jauh dari perjuangan Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Fadzil Nor dan ramai lagi yang telah pergi,” katanya,

“Sesungguhnya Allah SWT melihat sandiwara yang sedang dipertontonkan,” tambahnya.

TAGS