Tan Sri Jeneral Mohd Zahidi dilantik pengerusi baharu LTAT

Tan Sri Jeneral Mohd Zahidi dilantik pengerusi baharu LTAT

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan bahawa Menteri Pertahanan Haji Mohamad Sabu telah melantik Jeneral Tan Sri Dr. Mohd Zahidi Haji Zainuddin (B) sebagai Pengerusi baharu LTAT berkuat kuasa 3 Ogos lalu.

Menurut makluman tersebut, Mohd Zaidi mempunyai karier yang cemerlang dalam Angkatan Tentera Malaysia, berkhidmat selama 39 tahun dan memegang banyak jawatan penting pada peringkat lapangan dan kementerian.

Beliau pernah menjadi Ketua Angkatan Pertahanan bermula 1 Januari 1999 hingga ke hari persaraannya pada 30 April 2005 sebelum menceburi bidang korporat.

Mohd Zaidi juga adalah Pengerusi Affin Bank Berhad, serta pengarah dalam beberapa syarikat.

Beliau memiliki ijazah dalam bidang pertahanan dan pengajian strategik daripada Universiti Quid-l-Azam, Islamabad, Pakistan dan pernah menghadiri Program Eksekutif Kanan di Universiti Havard, Amerika Syarikat.

CATEGORIES