Tan Sri Jins Shamsudin meninggal dunia

Tan Sri Jins Shamsudin meninggal dunia

Pelakon dan seniman agung negara Tan Sri Jin Shamsudin telah menghembuskan naafas terakhir petang ini di sebuah klinik swasta di Taman Melewati lewat petang ini.

Allahyarham Jin Shamsuddin, 81, meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamannya petang ini.

Anak kedua Jins, Putera Hang Jebat, mengesahkan bapanya meninggal dunia setibanya di klinik, kira-kira jam 5.45 petang.

“Ayah minum petang dan ketika hendak makan cekodok, ayah tercekik. Melihat keadaan ayah, Mak segera membawa ayah ke klinik berdekatan. “Bagaimanapun, ayah disahkan meninggal dunia setibanya di klinik,,” katanya kepada BH Online.

Hang Jebat berkata, dia dan adiknya, Hang Nadim masih terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Allahyarham.

Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang sekitar jam 10 pagi sebelum solat Zohor.

Berita kembalinya seniman lagenda negara ini turut mengejutkan Persatuan Seniman.

Setiausaha Agung Seniman Hafiz Nafiah mengucapkan salam takziah kepada keluar Allahyarham.

“Seniman menganggap kembalinya Allahyarham sebagai satu kehilangan yang sangat besar oleh seluruh industri seni tanah air.

“Kami Seniman akan  mendapatkan perkembangan lanjut  dari masa ke semasa mengenai pemergian Allahyarham petang ini ,” ujarnya ringkas menerusi whatapp kepada Malaysia Dateline.

Jin Shamsuddin atau nama sebenarnya Mohamed Jin Shamsuddin di lahirkan di Taiping Perak pada 5 November 1935.

Beliau semasa hayatnya dikenali sebagai seorang pelakon, pengiat seni, pengarah filem serta pernah dilantik sebagai Senator mewakili golongan artis di negara ini.

Banyak anugerah dan pencapaian yang diperoleh Allahyarham sepanjang empat dekad sebagai anak seni. Hasil kerja seninya beliau pernah merangkul tujuh anugerah dalam Pesta Filem Malaysia Ketiga untuk filem peperangan, “Bukit Kepong” (1981), sebuah filem tulisan, lakonan dan arahannya.

Pada 2011, Jins disahkan menghidap penyakit Alzheimer yang menyebabkan beliau hilang ingatan dan tidak boleh bercakap..

TAGS