Malaysia Dateline

Tan Sri Muhyidin, bawa baliklah Bersatu, kata AMANAH

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad mengaku beliau telah menghantar mesej kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin mengajak beliau membawa kembali Bersatu kepada Pakatan Harapan.

Katanya, mesej itu dihantar malam tadi melalui aplikasi whatapps.

“Tan Sri bawa baliklah Bersatu, masuk baliklah Pakatan Harapan. Penuhilah janji-janji,”beritahu Khalid apa mesej yang dihantar kepada Muhyiddin.

Bagi Khalid, tidak salah Muhyiddin kembali semula kepada Pakatan Harapan kerana kalau sebelum ini dia khianati PH, tidak salah dia khianat Perikatan Nasional untuk membetulkan pengkhianatan awal itu.

Bagi Khalid, tidak guna Muhyiddin terus berada bersama dengan PN sedangkan mereka mempunyai imej yang teruk sebagai perompak dan penyamun.

“Buat apa terus duduk dengan penyamun dan perompak,” kata Khalid.

“Saya whatapps kepada Muhyidin. Tan Sri dah khianat PH. Tak salah sekarang Tan Sri khianat pula PN. Baru adil,” beritahu Khalid dalam majlis Temu Rapat pimpinan AMANAH dengan pemimpin dan ahlinya di Gombak malam tadi.

Sehingga kini Muhyidin gagal membentuk kabinet kerana tekanan dari Umno yang merasakan mereka patut mendapat bahagian yang besar dalam kerajaan di bawah pimpinan Muhyidin ini.

Di Melaka, Umno telah mengarahkan semua 13 Adunnya agar meninggalkan Bersatu selepas tidak bersetuju dengan pembetukan kerajaan.

Jika terus kekal dengan Umno, Bersatu akan kehilangan tiga buah negeri yang sebelum mereka menjadi menteri besar iaitu Johor, Perak dan Kedah.