Malaysia Dateline

Tanah runtuh: Apartmen Teratai dikosongkan

48 unit Apartmen Teratai, Gombak telah dikosongkan ekoran kejadian tanah runtuh di kawasan apartmen itu baru-baru ini.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Izham Hashim berkata, 35 penghuni apartmen itu telah ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara di Dewan Sri Siantan.

Katanya, pihak teknikal Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengesan kawasan itu berada dalam yang berisiko tinggi sejak 27 Disember lagi.