Malaysia Dateline

Tanah runtuh Batang Kali: 21 mayat dikenal pasti setakat jam 1 tengah hari

Seramai 21 satu mangsa yang meninggal dunia akibat kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor telah dikenal pasti setakat jam 1 tengah hari tadi.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) individu tersebut adalah Lim Wei Xin (36 tahun), Hong Mei Jing (38), Nurul Azwani Kamaruzaman (31), Lai Lee Yin (37), Lai Lee Koon (44), Ka Kok Boon (43).

Turut dikenal pasti adalah, Eng Choon Wen (43), Ka Sin Ya Vanya (6), Lam Sook Man (37), Wong Kim Yap (34), Fong Choy Kee (43), Liu Pei Si (44), Chin Su King (36), Lai Chee Sam (33) dan Gain Choo Yin (35).

Dalam pada itu, enam lagi mangsa melibatkan kanak-kanak adalah, Tong Kai En (9), Zech Loh Qi Yi (7), Eng Huai Yi (12), Ng Yee Tong (11), Daniel Khor Yen (5) dan Wong Zi Hang (1).

Menurut Nadma dalam kenyataannya, proses bedah siasat untuk semua 24 mayat yang dijumpai telah selesai dijalankan.

Katanya, proses mengenal pasti mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan kombinasi tiga kaedah iaitu pengecaman DNA, cap jari, dan pengecaman pihak waris pada wajah atau pun barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.

Tiga daripada 24 mangsa yang meninggal dunia sedang dikenal pasti melalui kaedah-kaedah ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Nadma turut mengeluarkan status bagi lapan mangsa yang dirawat.

Daripada jumlah tersebut, lima daripadanya telah dibenarkan keluar dan tiga iaitu Tan Ei Ein (43), Ling Zi Xuan (19) dan Loh Teng Shui (44) masih menerima rawatan.

“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” maklum kenyataan itu lagi.

Baca Juga: ‘Tak sempat tukar baju PM kita’ – Rakyat hargai sikap peduli Anwar Ibrahim

Baca Juga: Tanah runtuh Batang Kali: Alat pengesan GPR, boleh tembusi tanah sedalam 5 meter diguna pakai