Malaysia Dateline

Tanah runtuh dikuatiri 69 terperangkap

Telah berlaku satu kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father Organic Farm Gohtong Jaya, di Genting Highland, Pahang yang dikuatiri telah menyebabkan 100 orang terperangkap.

Pasukan Bomba sedang mencari dan menyelamat 69 orang yang berada di tapak perkhemahan tersebut yang berketinggian 30 meter awal pagi tadi.

31 orang di temui selamat dan 69 orang dikhuatiri tertimbus.

Seorang warga Facebook Noor Wajihah menceritakan detik-detik cemas yang melanda kawasan terbabit dengan kejadian kepala air kat Janda Baik dan resort tepi sungai sebelum ini

“Memang patut dielakkan bercuti tempat gitu musim tengkujuh ini. Moga semuanya selamat,” kata beliau.

Nik Hazmi pula mengharapkan agar pihak menangguh dulu untuk camping di kawasan berbukit atau sungai buat masa sekarang ini, cuaca masih tak mengizinkan demi keselamatan semua.

Kira-kira 69 orang dikhuatiri terperangkap dan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.