“Dalam sel yang gelap dan kaki serta tangan diikat pada kerusi, mereka berterusan memukul, memeras, menghina dan mengancam untuk menggugurkan kandungan saya,” kata salah seorang wanita yang dipenjarankan di Semenanjung Gaza.
Beliau dipenjarakan kerana dituduh menyertai aktivis namun dipenjarakan selama dua tahun lapan bulan tanpa perbicaraan.
Ketika dipenjarakan bawah tanah, dia sedang sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin.
“Mereka melucutkan segala apa yang ada pada badan saya termasuk jam tangan menyebabkan saya tidak tahu sama ada siang atau malam.
Menurut Samar,40, tangan dan kakinya diikat dengan rantai besi pada katil saat dia mahu melahirkan anak sulung di penjara rejim Zionis, sukar dilupakan sehingga ke hari ini.
“Tiba saat untuk dibius, doktor mahu meletakkan topeng bius namun saya menanggalkannya dan meminta supaya bius tulang belakang.
“Walaupun sedar ini sangat menyakitkan dan mempunyai banyak komplikasi, saya nekad kerana bimbang sekiranya penjenayah ini akan mengapa-apakan anak saya ketika saya tidak sedar,” katanya.
Menurutnya, bayinya selamat dilahirkan dan laungan tidak bersalah anak sulungnya itu bergema di seluruh hospital.
Mereka meletakkannya di dalam bilik selepas bersalin dan mengikat tangan serta kaki ke katil.
“Bilik gelap dan dikawal rapi oleh wardar wanita, malah mereka tidak memberikan ubat atau rawatan sewajarnya,” katanya.
Samar berkata, seminggu selepas dia bersalin, mereka membawanya kembali ke penjara dan banduan lain menyambutnya dengan tangisan kegembiraan.
“Anak saya, Bara’a dilayan seperti banduan lain. Mereka menghalangnya daripada terdedah kepada udara segar, matahari atau mendapat permainan.
“Mereka membawa lampin yang tidak sesuai dengan saiz dan beratnya malah ia sering berkulat di bahagian dalam sehingga Bara’a mengalami ruam yang tidak dapat saya rawat.
“Sepanjang lebih dua tahun dipenjarakan, Bara’a tidak dimandikan dengan sempurna. Dia hanya dimandi di lantai penjara tanpa sabun atau shampu,” katanya.
Baca juga: Lupa angkat takbir lima kali rakaat kedua, 3,000 jemaah terpaksa buat semula