Malaysia Dateline

Tangani isu Umno-Pas, perkauman dengan program peduli rakyat, kata Anwar

Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu kerjasama Umno-Pas dan kenyataan perkauman perlu ditangani dengan bijak melalui program-program peduli rakyat yang berkesan oleh Kerajaan Persekutuan.

Katanya, apa yang diperlukan adalah Pakatan Harapan yang utuh dan bersatu selain pemimpin yang kepa kepada penderitaan rakyat.

“Program ekonomi yang menjamin keselesaan semua tanpa mengira latarbelakang kaum dan agama. Keutamaan negara adalah menjana pertumbuhan ekonomi.

“Maka sebarang usaha mengkhianati amanah atau persafahaman bersama mengenai dasar dan kepimpinan akan dibantah keras,”katanya dalam satu kenyataan.

Anwar menyifatkan reaksi atas kekalahan PH dalam PRK Semenyih “dibuat secara gopoh” sedangkan sokongan daripada rakyat termasuk orang Melayu tidak banyak berubah.

“KEADILAN tidak berganjak dari pendirian Pakatan Harapan untuk menyokong kepimpinan Tun M sebagai Perdana Menteri dan proses peralihan yang aman, seperti yang telah disepakati,” katanya yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.