Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tangani segera ancaman siber, kata Lee Lam Thye

Tangani segera ancaman siber, kata Lee Lam Thye

BernamaJuly 6, 2019 11:42 am




Jenayah siber dalam negara terutama melibatkan kerugian kewangan perlu ditangani segera setelah terdapat peningkatan antara tahun lalu dan 2017.

Naib presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, MCPF menggesa semua pihak supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah ancaman siber dengan kadar segera dan proaktif bagi memastikan keselamatan negara terus terjamin.

Beliau berkata peningkatan itu mencatat kira-kira RM398.6 juta berbanding RM266.25 juta berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang di dedahkannya.

“MCPF berpendapat lebih banyak program mewujudkan kesedaran mengenai ancaman siber perlu dianjurkan dan dipertingkatkan bagi memastikan orang ramai mampu mengenal pasti ancaman siber sekaligus mengelak menjadi mangsa.

“Semua pihak perlu memberikan komitmen untuk memantu membina dunia internet yang mempunyai nilai kemanusiaan dan selamat serta tidak dapat dieksployasi penjenayah,” katanya pada sidang akhbar berhubung jenayah siber di sini.

Bagi lima bulan pertama tahun ini, kira-kira RM152.96 juta kerugian direkodkan daripada 4,385 kes yang dikesan PDRM.

Pada 23 Jun lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa jenayah siber pada tempoh lima bulan pertama tahun ini, mencatatkan kerugian sebanyak RM153 juta.

Jumlah itu ialah kira-kira 38 peratus daripada keseluruhan jumlah kerugian RM398.6 juta yang dicatatkan sepanjang tahun lepas.

Sementara itu, Prof Dr Mohamad Fauzan Noordin yang merupakan pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dipilih sebagai Pengerusi Kluster Jawatankuasa Keselamatan Siber MCPF yang ditubuhkan sejak 8 Mei lalu bagi menangani ancaman jenayah siber.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19 hampir setahun tapi Menteri Pendidikan masih buat kenyataan saat akhir

Kerajaan didesak hentikan sikap SOP berubah-ubah

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production