Malaysia Dateline

Tangguh alaun MPPK: Kerajaan tidak harus hukum rakyat

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil berkata, hari ini, setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu kekal dibayar alaun walaupun berlaku pertukaran pentadbiran di peringkat pusat.

Tindakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui Perkeliling bertarikh 4 Mac lepas ang menangguhkan sementara semua urusan berkaitan MPKK adalah sesuatu yang mengejutkan ketika krisis politik masih belum reda.

Beliau berkata, atas premis ini, setiap MPKK seharusnya dibayar elaun bagi perkhidmatan mereka.

“Keputusan ini bukan sahaja menyebabkan MPKK hilang punca pendapatan malah boleh melumpuhkan jentera kerajaan di peringkat bawah.

“Keputusan ini bertentangan dengan prinsip insani dan undang-undang terutama Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kehidupan kepada rakyat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada tular  surat perkelilin daripada KSU bertarikh 4 Mac 2020 lepas, mengarahkan penangguhan sementara urusan berkaitan MPKK dan MPKKP termasuk menyalurkan alaun khidmat.

Surat perkeliling itu ditandatangani oleh KSU di Kementerian Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Menurut Faiz lagi selaku Adun beliau merasakan ia adalah satu tindakan pengkhianatan dilakukan oleh kerajaan pusat terutama membabitkan negeri yang masih lagi kekal di bawaah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

” Dalam melaksanakan tugas sebagai Adun, saya memerlukan khidmat, kerjasama dan sokongan MPKK kerana mereka adalah jentera kerajaan di peringkat bawah.

“Saya menyeru kepada kerajaan untuk membatalkan keputusan ini kerana urusan kehidupan rakyat tidak harus dibebankan dengan konflik politik yang berlaku hari ini.

“Janganlah menghukum rakyat dengan mengheret mereka yang tidak berdosa ke dalam kancah politik ini.
“Bersikap adil kepada rakyat kerana ini adalah tuntutan agama dan sejagat,” ujar Ahli Jawatankuasa Pusat AMANAH ini lagi.