Tangguh bentang RUU 355:  AMANAH sokong pandangan netizen ibarat buku 555

Tangguh bentang RUU 355: AMANAH sokong pandangan netizen ibarat buku 555

Hasrat pemimpim Pas untuk menangguhkan pembentangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 selepas pilihan raya umum, dibidas pimpinan AMANAH.

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipah Maidin dalam kenyataan di facebook hari ini berkata, hasrat pemimpin Pas yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyarankan usul RUU 355 ditangguhkan sekiranya tidak mendapat sokongan Umno pada masa ini sama seperti buku 555 sebagaimana komen netizen, kata Hanipa.

“Seorang pemimpin parti suci kata lebih baik RUU 355 ditangguh selepas PRU jika tidak dapat sokongan Umno pada masa ini.

“Saya terbaca sebuah FB di bawah sana orang (netizen) menulis persamaan buku 555 dengan RUU 355.

“Katanya buku 555 makan dulu tangguh bayar..RUU 355 pula bentang dulu tangguh bahas..kan tak jauh..,” ujarnya.

Menurut Hanipa lagi, agak pelik pendirian Pas untuk menangguhkan RUU 355 berbanding dengan penganjuran Fastaqim 2.0 baru-baru ini di Kelantan.

“Pelik lah pendirian parti suci sekarang jika nak tangguh sekarang..fastaqim dah dua kali dah..awat tak Fastaqim dalam nak bahas..jangan takut RUU 355 bukan macam saman DoJ ada campurtangan asing..awat nak tangguh-tangguh ?” soalnya.

Semalam Mahfod dilaporkan berkata, jika boleh parti itu mahu membentangkan RUU 355 dan terus menang. Justeru parti itu disarankan perlu membuat perkiraan yang lain kalau Umno dan umat Islam lainnya tidak sokong lebih baik tangguh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysiakini di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).

Turut hadir dalam majlis itu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS