Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tangguh sidang Parlimen: PN sebenarnya tiada majoriti sokongan

Tangguh sidang Parlimen: PN sebenarnya tiada majoriti sokongan

SITI NUR ZAWANI MISCONMarch 4, 2020 7:25 pm




Sidang Parlimen yang dijadualkan pada 9 Mac ditangguhkan kepada 18 Mei ini, membuktikan kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai majoriti sokongan.

Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Nasional, Khairuddin Daud, berkata, penangguhan yang dilakukan menepati jangkaan bahawa sebenarnya bilangan ahli parlimen yang menyokong PN adalah tidak mencukupi.

Katanya, ini jelas menunjukkan gabungan yang dikatakan sebagai ‘gabungan haram’ itu sama sekali tidak mempunyai status majoriti.

Khairuddin Daud

“PN bukan sahaja menipu rakyat Malaysia, malah menipu Yang di Pertuan Agung dengan menghantar senarai ahli parlimen yang tidak benar.

“Kami juga ingin memohon kepada semua ahli parlimen yang telah menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk terus teguh berpegang kepada prinsip mempertahankan mandat rakyat.

“Kehilangan kuasa bukanlah sesuatu keaiban, tetapi yang perlu ditakuti adalah kehilangan maruah,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah menurut Khairuddin, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, secara jelas menunjukkan rakyat telah menolak Umno-Pas yang banyak dikaitkan dengan isu salah guna kuasa.

Maka atas sebab itu katanya, tiada alasan untuk mana-mana pimpinan bekerjasama dengan pemimpin yang dikatakan sebagai kleptokrat dan pengkhianat mandat rakyat.

Namun begitu, beliau berkata, masih belum terlambat untuk mereka kembali mempertahankan mandat rakyat yang telah diberikan.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan bahawa pembukaan parlimen pada 18 Mei 2020.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Mohamad Ariff berkata ianya selepas beliau menerima surat pemakluman yang ditandatangani Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya telah menerima surat pemakluman yang ditandatangani Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis, memaklumkan bahawa pihak Kerajaan memutuskan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 yang sepatutnya bermula pada Isnin, 9 Mac, 2020 ditunda kepada Isnin, 18 Mei 2020 bersamaan 25 Ramadan 1441H,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production