Malaysia Dateline

Tangkapan Isa bukan sekadar gimik pilihan raya

Beliau menegaskan, SPRM sebelum ini juga melakukan beberapa penangkapan membabitkan isu seperti Pelaburan Klang Free Zone (PKFZ) yang berlaku sebelum PRU11, namun ujarnya, setelah BN menang PRU pelakunya dibebaskan dan tidak disabitkan dengan sebarang salah laku rasuah oleh mahkamah.

“Sebelum ini juga turut berlaku penangkapan-penangkapan orang-orang besar seperti Eric Chia yang terbabit dalam isu PKFZ ditangkap sebelum PRU ke11 pada tahun 2004.

“Namun setelah BN memenangi PRU pada tahun yang sama Eric Chia telah dibebaskan dan tidak disabitkan dengan sebarang salah laku rasuah oleh mahkamah.

“Sebelum ini juga SPRM juga telah membuat tangkapan terhadap Pengarah Jabatan Air Sabah (JANS) dan telah menemui sejumlah duit tunai sebanyak RM 112juta selain RM 60juta di dalam akaunnya, namun pegarah tersebut telah dibebaskan dengan jaminan RM 500,000 tanpa deposit oleh SPRM.

“Bermula dengan perkara yang tidak munasabah inilah pihak kami telah merakamkan rasa bimbang dengan ketelusan pihak SPRM dalam menjalankan tugas atau siasatan dalam isu yang membabitkan orang-orang besar sedangkan bukan setakat maklumat, wang tunai juga telah ditemui namun tiada sebarang kesalahan atau hukuman yang dikenakan kepada pengarah tersebut.

“AMANAH Negeri Johor melihat hal ini amatlah penting kerana dalam isu yang membabitkan wang rakyat ia perlulah dipertanggungjawabkan kepada pesalah yang menguruskan wang berkenaan dan penangkapan demi penangkapan ini bukanlah ia bermaksud sebuah gimik politik semata-mata,” ujarnya dalam kenyataan.

{loadposition myposition} Bahkan kata Suhaizan lagi, rakyat tidak mahu tujuan tangkapan Isa adalah suatu gimik yang cuba meraih simpati peneroka yang sudah kecewa dengan BN untuk kembali menyokong parti keramat orang Melayu itu.

SPRM ujarnya, perlu bertindak demi kepentingan rakyat bukannya kepentingan segolongan pemimpin pemerintah.

“BN jangan cuba membeli hati peneroka menerusi tangkapan ini.

“Kami mengharapkan segala siasatan yang dilakukan perlu telus dan tidak berat sebelah agar apa yang dilakukan oleh Isa Samad dalam skandal pembelian hotel oleh FGV semasa di bawah pentadbirannya akan mendapat hukuman yang setimpal,” katanya.

Pada Rabu bekas Isa direman lima hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes pembelian hotel Felda Investment Corporation (FIC) di Kensington, London antara 2014 dan 2015.

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang mengendalikan prosiding reman berkenaan mengeluarkan perintah reman itu mulai hari ini sehingga 20 Ogos (Ahad) berikutan permohonan SPRM.

Beliau dipercayai menyalahgunakan kedudukan dalam kes pembelian hotel di London. Kes berkenaan disiasat mengikut Sekyen 16 Akta SPRM 2009.

Isa ditahan kira-kira 4.30 petang Selasa selepas dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.