#TangkapMO1: Gerakan Merah tidak mahu polis pilih kasih, desak kertas siasatan dibuka

#TangkapMO1: Gerakan Merah tidak mahu polis pilih kasih, desak kertas siasatan dibuka

Presiden Gerakan Merah Malaysia Mohd Ali Baharom tetap dengan pendirian untuk mengadakan protes di hadapan Balai Polis Daerah Dang Wangi jam 2 petang ini, mendesak polis agar mengambil tindakan undang-undang kepada pihak penganjur #TangkapMO1 Sabtu lalu.

Presiden Gerakan Merah Malaysia Mohd Ali Baharom tetap dengan pendirian untuk mengadakan protes di hadapan Balai Polis Daerah Dang Wangi jam 2 petang ini, mendesak polis agar mengambil tindakan undang-undang kepada pihak penganjur #TangkapMO1 Sabtu lalu.

Mohd Ali yang terkenal dengan panggilan Ali Tinju itu mendakwa, pihak penganjur #TangkapMO1 jelas berdegil untuk terus berada di lokasi Dataran Merdeka bukannya di Padang Merbok seperti diarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan notis mengadakan perhimpunan pula tidak memenuhi syarat berhimpun oleh polis.

“Kami tidak turun berdemontrasi kerana kami patuh kepada arahan polis,walaupun kami mahu berbuat demikian.

“Kami patuh pada arahan polis dan undang-undang tetapi tidak bagi pihak penganjur #TangapMO1 kerana masih mahu berada di kawasan sekitar Dataran Merdeka walaupun tidak mendapat kelulusan DBKL.

“Penganjur #TangkapMO1 yang sebenarnya tidak patuh kepada undang-undang polis kerana notis tidak memenuhi syarat.

“Mereka tetap meneruskan perhimpunan haram,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Pada Isnin lalu, Ali Tinju dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan sekumpulan mahasiswa menganjurkan perhimpunan #TangkapMo1 sebagai ‘kurang ajar’ dan percubaan untuk menjatuhkan kerajaan.

Beliau mendesak polis menangkap pihak penganjur sebelum hari perhimpunan dan sekiranya polis tidak berbuat demikian beliau akan mengadakan protes di hadapan Balai Polis Dang Wangi pada 29 Ogos jam 2 petang.

Bagaimanapun beliau tetap meneruskan niatnya itu, sehingga polis mengambil tindakan untuk membuka kertas siasatan terhadap pihak-pihak yang terbabit dalam penganjuran #TangkapMO1 ini.

“”Saya telah membuat report dua hari sebelum perhimpunan diadakan.

“Saya desak polis supaya dikenakan tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang.

“Kalau kami boleh membatalkan niat untuk berdemontrasi kerana atas nasihat polis, mengapa pula pihak penganjur #TangkapMO1 yang terang-terang melanggar peraturan dan undang-undang, tidak patuh kepada arahan DBKL dan polis itu, tidak disiasat.

“Kita tidak mahu polis ‘double standard’ dalam menangani isu antara penganjur #TangkapMO1 dengan kumpulan gerakan merah.

“Walaupun gerakan merah tidak turun ada juga berlaku kekecohan antara peserta ketika berdemontrasi.

“Saya tidak berganjak dengan keputusan, untuk terus mendesak pihak polis supaya mereka segera di tangkap dan kertas siasatan dibuka,” tegasnya.

Pada Sabtu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah dipetik berkata perhimpunan berkenaan bagaimanapun tidak mengikuti undang-undang.

Zainol berkata, penganjur hanya menghantar notis, namun ia tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

“Himpunan tak ikut lunas undang-undang. Walaupun hantar notis, tapi tak ikut syarat,” katanya kepada pihak media di Dataran Merdeka selepas tamat perhimpunan.

Pada 18 Ogos, DBKL  mengeluarkan kenyataan tidak akan membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai lokasi perhimpunan #TangkapMO1.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Amin Nordin Abdul Aziz dipetik berkata, adalah menjadi dasar DBKL untuk hanya membenarkan Padang Merbok sebagai lokasi mana-mana perhimpunan.

 Demontrasi TangkapMO1 oleh mahasiswa bersama  rakyat ini didakwa oleh Ali Tinju sebagai melanggar peraturan DBKL dan undang-undang polis untuk mengadakan perhimpunan haram pada Sabtu lalu.

TAGS