Tahniah SPRM, Anak sedia kerjasama bongkar kepincangan Felda

Tahniah SPRM, Anak sedia kerjasama bongkar kepincangan Felda

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membulat tekad sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membongkar kepincangan berlaku dalam pengurusan Felda di negara ini.

Mazlan Aliman

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membulat tekad sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membongkar kepincangan berlaku dalam pengurusan Felda di negara ini.

Presidennya Mazlan Aliman mengucapkan syabas dengan tindakan suruhanjaya itu yang dilaporkan media hari ini berjaya mencekup empat pegawai kanan Felda yang didapati terbabit dalam salahguna kuasa terhadap projek Penternakan Ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta sejak 2014.

“Tahniah dan syabas atas tindakan SPRM menahan empat orang pegawai kanan Felda berkaitan projek Ternakan Ikan Sturgeon yang disyaki mempunyai unsur salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Anak sedia bekerjasama dengan SPRM dan semua pihak demi mempastikan intergriti dapat ditegakkan, manakala wang rakyat selamat dari mereka yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya kepada Malaysia Dateline petang ini.

Laporan Ketua Audit Negara berkaitan Projek Penternakan Ikan Sturgeon yang dibentangkan di Parlimen menjadi rujukan Anak untuk membuat aduan ke SPRM. Pada 23 November tahun lalu, Mazlan bersama lapan lagi yang lain telah membuat laporan Polis di Balai Polis Central Johor Bharu atas Laporan Jabatan Audit Negara berkaitan 4 projek Felda membabitkan nilai ratusan juta.

Laporan Audit ini dibentang di Parlimen.

“Ketika itu saya bersama Pengerusi Hisbah Center, Datuk Ezam Mohd Nor serta pimpinan Anak kemudiannya membuat laporan susulan di SPRM Putrajaya pada 29 Disember tahun lalu dan mendesak SPRM menyegerakan siasatan.

“Pada 3 Jan 2017, SPRM telah memaklumkan kepada saya status siasatan,” ujarnya.

Menurut Mazlan lagi, meskipun Anak mengalu alukan tindakan SPRM, namun, siasatan menyeluruh mesti dilakukan kepada semua yang terlibat tidak kira apa pangkat dan jawatan.

“Ia sangat penting kerana projek tersebut dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Felda yang sudah tentu arahan mengenainya dikeluarkan oleh pihak tertinggi Felda,” ujarnya.

Hari ini bernama melaporkan Bernama pula melaporkan daripada sumber dalaman SPRM seorang daripada mereka bergelar Datuk, seorang lagi menyandang jawatan tinggi, seorang bertugas di luar negara dan seorang lagi pegawai yang terbabit dalam projek penternakan ikan itu.

Kesemua mereka berusia 30, 38, 53 dan 57 tahun.Mereka ditahan dibeberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengahari tadi menerusi Operasi Caviar.

Mereka disyaki terbabit dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon.

Surat yang dihantar Anak ke ibu pejabat SPRM dirujuk suruhanjaya itu untuk diambil tindakan bertarikh 3 Januari 2017 yang lalu diterima oleh Mazlan yang membawa penahanan empat pegawai kanan Felda dilapor media hari ini.

TAGS