Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tanjung Malim jadi bandar mesra belia
Khalid Samad (dua dari kanan) ketika meninjau tapak projek Bandar Belia di Tanjung Malim hari ini.

Tanjung Malim jadi bandar mesra belia

BORHAN AHMADJune 18, 2019 4:51 pm




Bandar Tanjung Malim, Perak bakal menjadi bandar belia contoh untuk menyusun semula pembangunan negara berdasarkan keperluan untuk belia.

Perkara utama yang akan diberikan perhatian adalah bagi mengawal dan mempastikan belia tidak terlalu tertumpu kepada bandaraya utama bagi mendapatkan pekerjaan.

Demkian dimaklumkan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad dalam sidang media ketika sessi lawatan beliau ke Tanjung Malim hari ini.

“Kita akan jadikan bandar belia ini bandar contoh yang menjaga kepentingan orang muda dan memastikan mereka dapat peluang pekerjaan dan kemudahan untuk belia di bandar ini tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar besar untuk mencari pekerjaan,” kata Khalid.

Melalui pendekatan ini, katanya, Tanjung Malim dan dua lagi bandar akan menjadi perintis kepada konsep ini.

Sebagai rekod pada November 2018 Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Aminuddin Zulkipli yang juga Adun Behrang telah melancarkan Bandar Belia Komenwel di bawah Majlis Daerah Tanjung Malim.

Majlis pelancaran disaksikan oleh wakil belia dari United Kingdom, Amerika Syarikat, China, Rusia, Pakistan, Malta, Fiji, Kepulauan Solomon, Australia, India, Ghana dan Bahrain.

Aminuddin berkata bandar belia Komanwel akan memanfaatkan infrastruktur awam yang sedia ada, kemudahan dan kerjasama dengan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor swasta dan masyarakat awam.

Ia akan merangkumi hab inovasi, hotel perniagaan, suite SOHO dan rumah mampu milik untuk memberi peluang kepada para belia membangunkan diri mereka dalam bidang pekerjaan dan keusahawanan serta pemupukan kemahiran vokasional di kalangan belia.

Sementara itu, Aminudin dalam ucapan perasmiannya berkata bandar belia Komanwel akan menggabungkan kedua-dua kemajuan dalam teknologi digital dan pemikiran baru dalam konsep hubungan masyarakat, kemampanan alam sekitar, demokrasi penyertaan, tadbir urus dan ketelusan.

Beliau menambah inisiatif bandar belia ini juga akan dibangunkan di beberapa negara Komanwel dan bukan Komanwel untuk mewujudkan rangkaian bandar-bandar belia yang akan dikenali sebagai Komuniti Bandar Belia.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production