Tanjung Piai destinasi unik pelancongan

Tanjung Piai destinasi unik pelancongan
Suhaizan Kaiat (duduk tengah) ketika sidang media selepas melancarkan program Karnival Penghujung Benua Asia.

Tanjung Piai, Johor hari ini telah diiktiraf sebagai destinasi unik untuk menarik pelancong di negeri ini.

Perkara itu telah dinyatakan oleh Speaker Dewan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat yang menggambarkan keunikkan dari segi persekitaran dan geografi kawasan ini.

Beliau juga menyatakan bahawa keunikkan yang dimiliki di tempat ini perlu diwar-warkan kepada orang ramai terutama negara jiran agar ekonomi penduduk di sini mampu bertambah akibat limpahan pengunjung yang hadir.

Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir di Karnival Penghujung Selatan Benua Asia 2019

“Selain makanan seperti burasak, asam pedas dan ‘bangkit cheese’, juga dikhabarkan hidupan laut di sini yang rasa berbeza malah lebih sedap berbanding tempat lain.

“Destinasi yang menarik di sini juga perlu diperkenalkan kepada umum bagi menjadikan Tanjung Piai sebagai tempat wajib hadir di Johor.

“Perkara ini juga pasti akan meningkatkan hasil jualan produk tempatan di sini dengan kehadiran orang luar yang menghinap di sini,” ucapnya ketika di program Karnival Penghujung Benua Asia.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan langkah-langkah yang ajan diambil bagi membawa harapan menjadikan Tanjung Piai sebagai tumpuan pelancong.

“Antara langkah yang akan diambil adalah mengkoordinasikan segala agensi, pengusaha persendirian serta individu yang berkenaan untuk menyelaraskan pelancongan di kawasan ini.

“Koordinasi ini membabitkan peringkat daerah Pontian dan akan menaik taraf perkhidmatan infrastruktur bagi persediaan menyambut pelancong. Ia membabitkan perancangan jangka masa pendek dan panjang.

Saranan untuk mengadakan sistem ‘eco village’ bertujuan sebagai tarikan pada masa ini. Kita juga akan mengenal pasti trend masa kini bagi kesesuaian untuk menjadi tarikan,” ucapnya lagi.

Karnival tersebut anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Johor dan agensi-agensi serta syarikat swasta di sekitar Tanjung Piai dan Pontian.