Tanjung Piai sedia sambut 15,000 pengunjung lihat fenomena gerhana matahari

Tanjung Piai sedia sambut 15,000 pengunjung lihat fenomena gerhana matahari
Suhaizan Kaiat (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang di Karnival Penghujung Selatan Benua Asia

Dijangkaan serami 15,000 pengunjung akan membanjiri Tanjung Piai, Pontian Johor pada 26 Disember ini bagi tidak melepaskan peluang menyaksikan gerhana matahari cincin (anulus) di sekitar tanjung berkenaan.

Fenomena 23 tahun sekali yang berlaku apabila bulan melalui antara bumi dan matahari serta Ia dapat disaksikan secara jelas di Tanjung Piai.

Menurut Penyelaras Dun Kukup, Suhaizan Kaiat berkata kawasan itu akan dipenuhi dengan pelbagai golongan termasuklah golongan cendekiawan yang akan berada di tanjung berkenaan.

“Kita perlu bersedia kerana fenomena ini adalah suatu yang jarang dapat dilihat dengan mata kasar di negara kita.

“Kita perlu menunggu sehingga tahun 2042 untuk menyaksikan gerhana seperti ini berlaku lagi dan peluang atau kesempatan ini perlu diambil oleh penduduk Tanjung Piai untuk memperkenalkan tempat itu di mata dunia.

“Perbincangan untuk mengadakan persediaan tersebut akan dilakukan dan ini juga suatu senario yang pasti akan mendatangkan keuntungan kepada masyarakat serta penduduk di sekitar Tanjung Piai,” ujarnya ketika ditemui.

Menurut beliau yang merupakan Speaker Dewan Negeri (DUN) Johor itu lagi, segala infrastruktur dan perkhidmatan akan dipantau untuk disediakan.

“Pengunjung kali ini berbeza, mereka bukan sekadar datang untuk berehat dan sebagainya tetapi mereka datang untuk membuat kajian.

“Justeru itu capaian ‘internet’ perlulah memenuhi kriteria yang diperlukan ketika gerhana tersrbut berlaku dan ini suatu cabaran kepada kami di sini kerana setakat ini capaian internet tersebut masih belum memenuhi kehendak tersebut.

“Saya juga telah berhubung dengan exco yang berkenaan dan kita akan berusaha untuk menyediakan perkara tersebut agar tidak menjadi pertikaian pada pengkaji, saintis dan cendekiawan yang akan hadir nanti,” ujarnya lagi.

Beliau yang ditemui di Karnival Penghujung Selatan Benua Asia merasakan perlu adanya kesungguhan untuk membangunkan kawasan Tanjung Piai ini sesuai dengan keunikkannya.